Saturday 16 May 2015

LANGKAH-LANGKAH MEMPERTAHANKAN SASTERA DALAM KALANGAN ANGGOTA MASYARAKAT.


Dalam menongkah arus kemodenan ini, sastera tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka, dan cerita rakyat kurang diminati oleh anggota masyarakat. Masyarakat tidak lagi memngambil berat akan sastera tradisional yang dimuliakan oleh generasi dahulu. Khazanah sastera ini telah menjadi luntur dan kian dilupakan. Jikalau keadaan ini berterusan, segala sastera tradisional akan lenyap ditelan zaman. Hal ini menyebabkan generasi yang akan datang kurangnya pengajaran yang ingin disampaikan kepada generasi muda oleh generasi sebelumnya. Malangnya masyarakat tidak memahami dan meminati sastera tradisional ini. Langkah-langkah harus diambil segera supaya sastera ini akan berkekalan sehingga akhirat.


Antara langkah untuk mempopularkan sastera tradisional dalam kalangan anggota masyarakat termasuklah pihak media massa harus sentiasa membuat pengiklanan yang menarik sebagai langkah awal bagi masyarakat untuk meminati sastera tradisional. Pihak media massa juga perlu mendedahkan masyarakat kepada keunikan dan keindahan sastera tradisional seperti syair, gurindam, dan seloka. Setiap jenis sastera mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Generasi tua menyampaikan pelbagai pesanan kepada masyarakat dalam ungkapan yang sangat indah. Masyarakat harus diberitahu akan keistimewaan sastera tradisional ini untuk mendorong mereka lebih mendalami dan meminati sastera yang indah tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa pihak media massa merupakan pihak yang amat mustahak untuk memulakan usaha mempertahankan sastera tradisional dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa merupakan satu medium yang mempengaruhi masyarakat kini. Sebagai contoh, pihak media massa boleh menghidupkan watak-watak dalam cerita rakyat melalui perfileman. Watak-watak ini akan menarik perhatian mereka untuk menyedarkan kepentingan sastera tradisional, di samping dapat mendirikan masyarakat yang ideal. Selain itu, pihak media massa juga boleh mempertahankan sastera tradisional dengan mengajurkan pertandingan sastera. Contohnya, pertandingan mencipta puisi dan sebagai. Maka, masyarakat yang meminati sastera dapat menonjol bakat mereka di samping dapat memenangi hadiah yang sangat istimewa . Secara tidak langsung, masyarakat akan mengenali dan mecintai sastera tradisional ini.Tegasnya, pihak media massa harus bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan sastera.

Setelah mengkaji sehingga ke akar umbi, kerajaan didapati memainkan peranan penting dalam mempertahankan sastera tradisional. Kerajaan juga harus menurun padang bagi mempertahankan sastera tradisional melalui sistem pendidikan negara. Dalam hal ini, kerajaan telah meletakkan bahagian komsas dalam silibus pembelajaran di sekolah. Namun, kerajaan harus memberi tekanan yang optimum terhadap pelaksanaan ini. Dengan demikian, kerajaan boleh berjaya memdedahkan pelbagai jenis prosa tradisional, syair, dan pantun kepada para pelajar. Maka, para pelajar yang bakal memimpin masyakarat terdedah kepada nilai-nilai dan nasihat yang terkandung dalam sastera tradisional. Nilai-nilai dan pengajaran yang diterapkan ke dalam pelajar akan menjadi dasar dan asas kehidupan masa hadapan mereka apabila mereka mampu memgaplikasi segala yang dipelajari. Selain itu, kerajaan harus menganjurkan pelbagai kempen kesedaran yang berkesan khususnya terhadap masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana, kempem kesedarkan bukan sahaja dapat menyedarkan masyarakat bahwa betapa pentingnya bagi mempertahankan sastera tradisional, malah dapat mempertahankan sastera tadisional dengan lebih berkesan. Sebagai hasilnya, usaha-usaha ini mampu mempertahankan sastera negara. Tuntasnya, pihak kerajaan juga harus mengambil langkah bagi mempertahankan sastera negara.

Bukan itu sahaja, guru-guru bahasa yang berkhidmat di sekolah perlu memikul tanggungjawab untuk mempertahankan sastera tradisional. Hal ini demikian kerana, tenaga mengajar ini mempunyai pengaruh yang penting dalam mendorong para pelajar menghargai sastera atau sebaliknya. Guru yang cemerlang merupakan guru yang dapat mempengaruhi para pelajar mencintai sastera yang kini menjadi pembelajaran mereka. Maka, guru bahasa harus menyusun strategik dalam mengajar sastera tradisional dengan lebih efektik. Sebagai hasilnya, para pelajar dapat menghayati setiap perkataan dalam sastera trasidional, di samping dapat menghargai sastera tradisional sebagai harta kesayangan. Oleh itu, guru-guru harus mengajar pelajar mengetahui bentuk sesuatu pantun, gaya bahasa, serta keindahan setiap elemen sastera untuk mendalami sastera tradisional. Sehubungan dengan itu, guru-guru bahasa harus membuka minda pelajar untuk memhargai sastera tradisional. Sesungguhnya, guru-guru merupakan kunci untuk mempertahankan sastera tradisional supaya khazanah ini dapat dikekalkan bagi generasi yang akan datang.

Di samping itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang signifikan dalam usaha mempertahankan sastera tradisional. Ibu bapalah insan yang terdekat dengan anak mereka. Maka, ibu bapa harus mendidik anak mereka dengan pelbagai sastera tradisional seperti cerita rakyat 'Bawang Merah,Bawang Putih' yang amat menarik. Ibu bapa juga perlu mendalami dan menyelidik nilai-nilai murni dan pengajaran yang dibawa oleh cerita rakyat tersebut dan seterusnya disampaikan kepada anak-anak. Seperti yang kita maklumi anak diibaratkan sehelai kain putih. Jika diwarnai dengan pelbagai warna maka cerahlah masa depan anak, jika ditumpah dengan warna hitam, maka gelaplah masa depan mereka. Malahan, ibu bapa harus menjadi 'suri mithali' dan mendidik anak mereka tentang sastera tradisional sejak kecil lagi.Sebagai contoh, ibu bapa boleh menceritakan sastera kepada anak-anak sebelum tidur setiap malam. Dengan demikian, anak-anak akan meminati untuk mengetahui cerita tersebut dengan lebih lanjut. Buktinya, anak-anak akan tidak sabar dan menanti-nantikan untuk cerita seterusnya pada malam berikut. Tegasnya, ibu bapa harus berperanan untuk mempertahankan sastera tradisional.

Bertitik tolak daripada itu, masyarakat sendiri juga harus mengambil inisiatif untuk mengenali pelbagai sastera tradisional. Sekiranya kerajaan mengadakan sebarang kempen berkenaan sastera tradisional, masyarakat yang harus bertindak megambil bahagian dalam program tersebut. Tidak gunanya kempen yang berkenaan sastera, jika masyarakat tidak bekerjasama dan tidak bersokong. Persis mutiara kata, 'bertepuk sebelah tangan, tidak berbunyi' memang tepat sekali sekiranya perkara ini berlaku. Sebaliknya, jika masyarakat menyertai program ini, maka mereka dapat memyedari yang betapa pentingnya sastera tradisional sebagai khazanah negara. Mereka juga dapat berkongsi antara satu sama lain tentang ilmu yang didapati. Pengajaran dan sifat terpuji harus diterap oleh masyarakat supaya mereka pun akan menghargai dan memuliakan sastera tradisional seperti dahulu.Sejajar dengan itu, masyarakat perlu mengikis sikap tidak mempedulikan tentang sastera tradisional yang menjadi kebanggaan rakyat dan negara. Hal ini demikian kerana, sikap yang sedemikian mampu menghapuskan identiti dan mutiara makna rakyat ini pada masa akan datang. Tuntasnya, masyarakat sendiri perlu mengorak langkah bagi mempertahankan sastera tradisional.

Sebagai penghias bicara akhir, tidak boleh kurangnya usaha daripada mana-mana pihak sekiranya keinginan untuk mempertahankan sastera tradisional dalam kalangan masyarakat. Setiap pihak harus menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh tekun, gigih, dedikasi, dan berdaya maju supaya matlamat dapat dicapai seperti yang diharapkan. Sastera tradisional ini harus dipelihara dalam setiap generasi akan datang supaya karya-karya generasi dahulu tidak menjadi sia-sia. Tujuan karya-karya sebegini perlu dipertahan adalah untuk generasi yang akan datang dapat mempelajari dan mingaplikasi nilai-nilai murni yang signifikan demi kebaikan mereka. Akhir kata, masyarakat yang aktif mempertahankan sastera tradisional mampu mempertahankan identiti negara serta rakyat.

8 comments: